Aina Abdul

Nurul Aina Abdul Ghani, ataupun lebih dikenali sebagai Aina ataupun Aina Abdul,[1] merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia.[2]Beliau pernah belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri dan kini di Universiti UCSI di Kuala Lumpur.Beliau ialah bekas peserta Mentor Legend yang turut disertai oleh Sandra Dianne dan Sarah Fazny, dan pemenang WCOPA 2014. Beliau mengikat kontrak bersama Indigital dan muncul bersama single pertamanya, "Ini Yang Kau Mahu". Aina muncul dengan lagu bahasa Inggeris sulungnya, "Reminiscing" pada 2017.[3]Beliau memulakan kerjaya lakonan dengan berlakon sebagai Irma di dalam drama Seindah Takdir Cinta. Aina ialah finalis Anugerah Juara Lagu ke-34 dengan menyanyikan lagunya sendiri bertajuk "Sumpah" dengan menampilkan persembahan berdarah yang mencetuskan kontroversi di media sosial yang mengatakan tema bunuh diri. Walaubagaimanapun, beliau menafikan dan menegaskan bahawa persembahannya bermaksud "hati yang terluka" dan disokong oleh kebanyakan netizen.

Aina Abdul

Pekerjaan Penyanyi, pelakon
Nama lahir Nurul Aina binti Abdul Ghani
Instrumen Vokal
Kelahiran 1993 (umur 26–27)
Jempol, Negeri Sembilan, Malaysia
Genre Pop
Tahun aktif 2014–kini